Wall Street Cafe
Kedai Roti Bakar Wall Street (KRBWS) adalah sebuah kafe yang berkonsepkan vintage yang menggabungkan unsur hiasan Melayu lama serta fusion.
Kafe ini diasaskan oleh anak jati Kuantan  bernama Mohd Fazrol Azrin pada tahun 2021. Lokasi Kafe yang terletak di Lot 38 B, Jalan Mahkota ini adalah sangat strategik kerana lokasi kafe ini juga berhampiran dengan Menara 188, Taman Kerang carboot sale, Taman Esplanade dan sebagainya. Â
Kafe ini menyediakan makanan seperti roti bakar, nasi lemak daun pisang, nasi dagang, bubur berlauk, makanan western dan pelbagai kopi serta beroperasi dari pukul 8.30pagi sehingga 12.00 tgh malam. Makanan yang menjadi kegemaran ramai adalah Roti Wall Street dan Kopi Wall Street. Harga makanan di KRBWS adalah sangat berpatutan dan mesra pelanggan. Â Kafe ini selain menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya Kuantan, ianya juga menjadi pilihan bagi semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, agama dan kaum.
Cita-cita pemilik kafe ini adalah ingin menjadikan kafe beliau sebagai medium bagi penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia seperti zaman dahulu.