AnakDol Pizza Cherating
AnakDol Pizza ialah restoran pizza yang bercitarasa Melayu. Antara menu yang dianggap Signature di AnakDol adalah Pizza Sambal Hitam. Ia juga dibakar Di dalam Oven Batu dan menggunakan Kayu Api tau. Selain pizza, Menu lain juga ada. Antaranya Mee Udang 10 Ekor, Talam Seafood, Nasi Goreng Chicken Chop dan Banyak lagi. Kemudahan yang disediakan ialah kawasan parking yang luas dan tempat untuk bergambar pun ada.
Anak Dol Pizza Cherating, Pusat Penerangan Pelancongan (TIC, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Wall Street Cafe'
Kedai Roti Bakar Wall Street (KRBWS) adalah sebuah kafe yang berkonsepkan vintage yang menggabungkan unsur hiasan Melayu lama serta fusion. Kafe ini diasaskan oleh anak jati Kuantan bernama Mohd Fazrol Azrin pada tahun 2021. Lokasi Kafe yang terletak di Lot 38 B, Jalan Mahkota ini adalah sangat strategik kerana lokasi kafe ini juga berhampiran dengan Menara 188, Taman Kerang carboot sale, Taman Esplanade dan sebagainya. Kafe ini menyediakan makanan seperti roti bakar, nasi lemak daun pisang, nasi dagang, bubur berlauk, makanan western dan pelbagai kopi serta beroperasi dari pukul 8.30pagi sehingga 12.00 tgh malam. Makanan yang menjadi kegemaran ramai adalah Roti Wall Street dan Kopi Wall Street. Harga makanan di KRBWS adalah sangat berpatutan dan mesra pelanggan. Kafe ini selain menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya Kuantan, ianya juga menjadi pilihan bagi semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, agama dan kaum. Cita-cita pemilik kafe ini adalah ingin menjadikan kafe beliau sebagai medium bagi penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia seperti zaman dahulu.
Jalan Hj Abdul Rahman 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Jaman Tory
Sejarah awal munculnya Jaman Tory di kuantan sekitar tahun 2006, hanya warung yang menggunakan meja lipat dan payung sahaja. Ketika itu, Jaman Tory dikenali sebagai “ Juara Char Kuew Teaw (CKT)” maka nama telah ditukar kepada Jaman Tory yang berkonsepkan tradisional dan lama. Dengan penggunaan nama Jaman Tory, Kini perniagaan lebih dikenali bukan sahaja kepada orang-orang tempatan malahan juga orang luar
Jaman Tory Resepi, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
SeaBa Seafood
Seaba Seafood, dengan trade mark “ celup tepung, bukan lagi di warong “ adalah cafe celup tepung pertama di malaysia yang berkonsepkan hawaii. Lokasi dan vibe seaba yang santai di pesisir pantai laut china selatan, menjadi pilihan para penggemar seafood seluruh malaysia. Sejarah tercipta nama Seaba adalah tanda hadiah pengasas cafe ini kepada isterinya yang bernama Sheba. So sawit Masa beroperasi cafe ini adalah dari jam 12.pm- 10pm. Cita cita pemilik cafe adalah untuk menaikkan nama brand Seaba dan menjadi ikon negeri pahang khususnya kuantan
lot 1462, batu hitam, jalan beserah, 26100, kuantan, pahang
Kula Cakes
Bermula dari 2013, Kula cakes telah menjadi satu nama yang tidak asing lagi bukan sahaja buat penduduk tempatan, malah di luar Kuantan. Keunikan nama dan jugak produk kek yang berkualiti telah menjadi daya tarikan bagi pengunjung yang ingin mengalami sendiri kesedapan sebenar “Mango Cheesecake”. Juga terdapat beberapa kek lain yang tidak kurang hebatnya seperti, Salted Caramel Chocolate, Pandan Gula Melaka, Peanut Butter Pie, Creme Brulee dan juga Pavlova
Jalan Besar , Kuantan