top of page

BANDAR GAMBANG

Bandar Gambang merupakan sebuah bandar tumpuan yang sangat sibuk suatu ketika dahulu. Kini bandar ini menjadi antara bandar bersejarah di Kuantan dengan bekas perlombongan bijih timah dan suasana lot kedai dua tingkat yang mempunyai ciri dan seni bina yang tersendiri.  Gambang merupakan sebuah bandar di daerah Kuantan, Pahang, Malaysia. Lokasi bandar ini terletak berhampiran dengan Lebuhraya Pantai Timur dan terdapat pusat rekreasi terkenal iaitu Bukit Gambang Resort City yang menyediakan penginapan dan  taman tema air terkenal di Kuantan.

bottom of page