top of page

MUZIUM TOKOH

Terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ahmad Shah 1 dan berhadapan dengan mahkamah Syariah, Muzium Seni Pahang mempunyai pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan sama ada seni catan, foto atau arca. Koleksi-koleksi yang terdapat di sini antaranya adalah hasil karya daripada karyawan seperti Sivarajah Natarajan, Roslan Ahmad, Sunan Sugio, C Tuck Lee, Sharifah Kirana dan Mohamad Nor. Bahan pameran yang terdapat di sini sering ditukar mengikut tema yang tertentu iaitu sama ada batik, merdeka, seni reka atau sebagainya.

bottom of page