top of page

ZOO HIBRID

Zoo Mini Teruntum muncul sebagai zoo hibrid pertama di dunia. Ia dibangunkan dengan konsep baharu menggabungkan elemen haiwan bernyawa dan haiwan animatronik prasejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi teknologi industri 4.0, sebagai sebuah zoo hibrid. Pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan-haiwan tempatan secara langsung malah mereka berpeluang menyaksikan haiwan animatronik pra sejarah yang telah pupus. Zoo hibrid ini merupakan tarikan pelancongan baharu di Kuantan dan Pahang khususnya. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.

bottom of page