top of page

PANTAI TELUK CEMPEDAK

Pantai Teluk Cempedak hanya 6 km dari Bandar Kuantan. Pantai Teluk Cempedak giat dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan kini menjadi pantai bertaraf antarabangsa. Pantai ini terkenal dengan hotel yang bertaraf lima bintang. Selain menjadi tumpuan riadah keluarga, pantai ini adalah lokasi bagi acara seperti larian pantai dan sukan air peringkat antarabangsa dan tempatan. Pelbagai kemudahan dan tarikan termasuk kedai makanan tempatan dan francais serta gerai kraftangan.

bottom of page