top of page

KUANTAN ART STREET

Bangunan itu telah diberi nafas baru oleh 13 individu kelahiran Pahang yang dilaksanakan dari Disember 2020 hingga Februari 2021 untuk menyiapkan 74 lukisan mural identiti Kuantan. Ianya terbentang sejauh 500 meter. Mural yang paling utama ialah lukisan 20 kaki di sisi bangunan iaitu Shoe Cobbler yang  berlatar belakangkan menara. Lukisan seni dan struktur bangunan gambaran Naga Lagenda Tasik Chini yang dicat pada bangunan setinggi 40 kaki dengan tangga lingkaran luar, dicat sebagai sebahagian daripada badan naga. Lorong belakang yang sebelum ini gelap dan suram kini berubah menjadi jalan yang berwarna-warni dan meriah.

bottom of page